Saturday, April 16, 2011

Ayat-Ayat Integer [definisi]

Definisi:

untuk menunjukkan keseriusan saya, 
mari kita bincangkan secara...
secara yang sewajarnya dibincang oleh 
para sarjana. fuh, tidaklah begitu,

bunyinya amat serius skali bukan. 
awalnya, saya ingin membuat tafsiran sendiri
mengenai definisi 'ayat-ayat'. 
namun saya tiada ilmu yang cukup untuk 
mendefinisikannya. oleh itu, sesiapa yang berminat, 
untuk mengetahui maksud 'ayat'
sila rujuk link berikut. 

definisi: 'Ayat' 
~hnya untuk definisi ayat sahaja saya cadangkan daripada blog tersebut~
saya bukan ahli bahasa,
sedangkan bapa saya seorang 
yang ada ilmu dalam bahasa melayu.
oh, sayang sekali kehebatan itu 
tidak diwarisi.

definisi: 'Integer'
[definisi yang saya olah sendiri, untuk tujuan blog ini sahaja, 
bukan untuk konteks perbincangan matematik yang lebih abstrak]
integer dalam matematik lebih dikenali sebagai nombor bulat, 
iaitu 

i) sebarang nombor nyata bukan pecahan mahupun perpuluhan. (contoh:3.142, 3/4)
ii) sebarang nombor bulat positif dan negatif, termasuk juga sifar.
iii) secara amnya, boleh ditulis sebagai sebuah set {..., -2,-1,0,1,2,...}

serius bukan?...
baru kamu tahu....
ini memang serius...
tetapi keseriusan yang cuba saya 
bawakan, tidaklah sesuatu yang
memerah otak macam blaja matematik tuh...

apa yang saya maksudkan
dengan 'ayat-ayat Integer'
adalah

sebuah penulisan dalam cubaan mengaitkan 
unsur matematik dengan kehidupan
samada sosial, agama, politik ataupun  
apa sahaja aktiviti manusia...
secara santai dan tidak berlebih-lebih dalam 
huraian dan istilah matematiknya...
berdasarkan ruang lingkup dan daya pemerhatian 
saya yang terhad dan daif.


apa-apapun, ini sebagai salah satu projek penulisan serius,
santai tetapi masih dalam konteks ilmiah. [saya banyak menulis/menaip
bahan bacaan yang merapu dan tidak memberikan apa apa ilmu,
sekarang cuba nak jadi 'nerd' sket la, serius bukan?...mmg serius].
maaflah, tiada perkaitan yang kuat antara definisi-definisi asal perkataan
yang digunakan. ianya cuma sebuah istilah untuk tajuk blog ini sahaja.

sekian.
serius bukan?...
namun, itulah yang cuba saya lakukan
saya versi 'akuyangserius'.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.