Saturday, April 16, 2011

Ayat-Ayat Integer [disuatu sisi]

ayat-ayat Integer
macam 'familiar' bunyinyer...
owh yer...
seperti judul sebuah novel terkemuka
yang telah difilemkan jua.

novel "ayat ayat cinta"
agak popular dikalangan remaja dan dewasa
mahasiswa dan sarjana
bahkan kanak-kanak tadika
ade juga membacanya.



ayat-ayat Integer [disuatu sisi]
apa yang aku cuba lakukan
ialah ingin bercerita mengenai
apa sahaja yang bermain dikotak pemikiranku
tetapi dihadkan kepada sesuatu yang...
hurmmm....nak kate ilmiah takdelah sangat
cuma, setiap insan itu ada sisi 'serius' dalam
segenap perlakuannya...

bagi yang mengenaliku,
mereka mengenal dengan cara mereka

aku mungkin terlalu sarkastik,
kadang kala emosional yang terlampau
kadang kala, senyum tak tentu pasal
insan...tetaplah ia insan.

berbeza kita,
agama, akal dan pemikiran.
gaya, cara dan persahabatan.
ilmu, iman dan amalan.

aku juga terfikir... apakah hidupku
untuk menjadi badut?...
menceriakan hati yang lara
akibat perbuatan dan persekitaran
mereka sendiri...

walhal aku adalah, tidak keterlaluan aku
meng'claim' diri sebagai seorang sarjana
yang membawa sesuatu nilaian berharga
yang manusia gelarkan 'ilmu di dada'.
[ilmu tersimpan diakal sebenanya]

dengan daifnya, aku ingin jua mencoret
apa saja ilmu yang ku rasa berguna
untuk dikongsi bersama.

ini blog versi 'akuyangserius'.
serius kah?. serius weh!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.